top of page
PUBLICATIONS /PENERBITAN BUKU ILMIAH
BUKU
ILMIAH 1

 

Tajuk : Urus Tadbir Masjid Secara Berkesan
Penerbit :UPSI, Tahun 2012

​Sinopsis

Kerja-kerja mengurus dan mentadbir masjid bukanlah merupakan suatu kerja mudah seperti yang disangkakan. Tanpa perancangan yang teliti dan pengurusan yang cekap, aktiviti pengimarahan masjid yang dilaksanakan kepada masyarakat tidak mencapai keberhasilan. Bagi memudahkan pembacaan, buku ini disusun mengikut bab. Bab satu membincangkan konsep, matlamat pengimarahan dalam konteks pengurusan dan pentadbiran. Kenapa pentingnya pengimarahan masjid dihubungkaitkan dengan pusat pentadbiran masjid yang bersifatkan menyeluruh. Bab dua membincangkan konsep urus tadbir masjid yang mencakupi definisi pengurusan, perlunya pengurusan dan pentadbiran yang sistematik, pengurusan masjid di zaman Rasulullah, zaman para sahabat, matlamat pengimarahan pendidikan masjid, keperluan kepada aktiviti pengimarahan masjid dan media pengurusan masjid. Bab tiga membincangkan secara umum  cabaran semasa pengurusan dan pentadbiran masjid yang sering dihadapi oleh para pentadbir masjid. Bab empat membincangkan realiti urus tadbir masjid masa kini dan dibuat beberapa saranan untuk penambahbaikan urus tadbir masjid secara cemerlang.

BUKU ILMIAH
2

 

Tajuk : MAKTABAH AL-HADITH
 
Penerbit : Emeritus Publications
Tahun : 2012
​

SINOPSIS :

Rasulullah SAW berpesan kepada umatnya bahawa sesiapa yang berpegang kepada Hadithku tidak akan sesat selamanya. Justeru mempelajari Hadith SAW  adalah suatu yang mesti bagi setiap orang Islam. Ini kerana Hadith merupakan sumber ilmu yang mencakupi semua aspek dalam ajaran Islam. Hadith-Hadith Rasulullah SAW yang disampaikan kepada umat Islam hingga kini ditulis oleh tokoh-tokoh tersohor  dalam bidang ilmu Hadith. Umat Islam sewajarnya mengetahui tokoh-tokoh tersohor  dalam ilmu Hadith. Buku ini membincangkan tentang biodata tokoh-tokoh penulis terkenal seperti Imam Bukhari, Imam Muslim,  Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, Imam Baihaqi, Imam Nasa'i, Imam Abu Daud, Ibnu Majjah, Imam al-Tirmizi, Imam Darulquthni dan Imam Malik. Perbincangan juga berfokus kepada  manhaj para Muhaddisin dalam menghasilkan kitab-itab mereka.

Buku ini sesuai dibaca oleh para pencinta Hadith, pelajar universiti, pensyarah dan seluruh umat Islam yang berusaha mengangkat martabat periwayat Hadith Nabi SAW sebagai tokoh terulung dalam penulisan dan perkembangan ilmu Hadith.

BUKU ILMIAH
3
TAJUK : DAKWAH SUATU TUNTUTAN DALAM ISLAM
PENERBIT : UPSI TAHUN 2014
​Sinopsis

Buku ini membincangkan tentang usaha dakwah ialah suatu kerja mulia para nabi dan Rasul Allah. Usaha mulia ini diteruskan lagi oleh para sahabat, tabi'in hingga kepada para ulama masa kini. Tugas menyampaikan dakwah kepada masyarakat Islam dan bukan Islam bukanlah suatu yang mudah seperti yang disangkakan. Kumpulan sasaran dakwah terdiri daripada pelbagai peringkat. Oleh itu para pendakwah hendaklah mengetahui secara meluas ilmu-ilmu dakwah yang mencakupi pelbagai aspek. Buku ini digarap bagi memenuhi tuntutan melaksanakan dakwah masa kini. Perbincangan meliputi matlamat dakwah, sasaran dakwah, kenapa dakwah diperlukan dan hukum melaksanakan dakwah menurut pandangan sarjana dakwah. Selain itu, permasalahan dkwah, psikologi dakwah dan metode penyampaian dakwah melalui kaedah hikmah. Turut dibincangkan kandungan dakwah mencakupi aspek akidah, syariat dan akhlak. Sebagai panduan kepada bakal pendakwah bagaimana mengaplikasi dan menyesuaikan media dakwah selaras keperluan semasa. Dakwah turut dibincangkan aspek gerakan dakwah oleh agensi kerajaan dan bukan kerajaan, dakwah melalui khidmat masyarakat juga dibincangkan.. Sila klik  untuk melihat content buku lengkap.

BUKU ILMIAH
4
TAJUK : DAKWAH ISLAM DAN ORANG PEKAK
PENERBIT : DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA TAHUN 2014
 
​Sinopsis

Buku ini mengupas secara khusus tentang keperluan berdakwah kepada orang pekak kerana golongan ini berhak mendapat kenikmatan ilmu agama sama seperti orang yang sempurna pendengaran. Penulisan buku ini mendekatkan pembaca dengan golongan orang pekak dengan memperkenalkan golongan ini dari segi psikologi dan masalah yang dihadapi oleh mereka serta institusi yang terlibat dalam gerakan dakwah kepada golongan ini.

BUKU ILMIAH  6
BUKU ILMIAH 5
TAJUK : TUNTUTAN AKHLAK MULIA DALAM KEHIDUPAN
PENULIS: ABDUL MUNIR ISMAIL
PENERBIT : UPSI TAHUN 2018
 
​Sinopsis

Buku ini membicarakan tentang kepentingan akhlak dalam kehidupan.  Nabi SAW diutuskan kepada seluruh umat manusia untuk menyempurnakan akhlak manusia. Akhlak mulia mudah diselewengkan oleh umat manusia disebabkan oleh beberapa faktor iaitu faktor keturunan, faktor alam persekitaran, faktor sahabat, faktor adat, faktor pendidikan, faktor pengaruh media massa dan faktor pemahaman agama Islam. Pengamalan akhlak mulia oleh umat Islam hendaklah dipelajari secara berterusan melalui bimbingan daripada ibu bapa, tunjuk ajar daripada para guru dan nasihat serta contoh teladan daripada para pemimpin.  Ini kerana mempelajari dan mengamalkan akhlak mulia bukanlah suatu yang dianggap mudah oleh sesetengah orang.

Secara umumnya buku ini disusun berdasarkan keperluan semasa masyarakat memahami akhlak mulia secara menyeluruh merangkumi pelbagai aspek.  Bagi membentuk ummah yang sejahtera, saling hormat menghormati dan tolong menolong antara satu sama lain adalah pra syarat membentuk sebuah negara yang aman sejahtera. Justeru, untuk mencapai matlamat tersebut masyarakat dituntut melaksanakan akhlak mulia dalam kehidupan seharian.  Perbincangan tentang akhlak mulia dalam kehidupan manusia sangat luas meliputi aspek berakhlak mulia terhadap diri sendiri, berakhlak mulia dalam masyarakat, berakhlak mulia terhadap alam sekitar, berakhlak mulia terhadap melalui aktiviti sosial, berakhlak mulia terhadap keluarga dan berakhlak mulia dalam konteks kenegaraan. Oleh itu, perlu ada panduan dan bimbingan kepada seluruh umat Islam dan bukan Islam agar memahami konsep akhlak dan mengaplikasi pengamalan akhlak mulia dalam masyarakat secara jelas dan berkesan.

Buku ini sesuai dibaca oleh para ibu bapa dan guru, para pentadbir dan pemimpin politik serta seluruh umat Islam yang cintakan akhlak Rasulullah SAW untuk dipelajari dan mendalami akhlak mulia dengan lebih mendalam. Diharap paparan konsep dan aplikasi akhlak mulia dalam buku ini dapat dikongsi dan dimanfaatkan secara bersama. Penulis menyedari terdapat beberapa kelemahan dan kecacatan yang tidak disengajakan. Oleh itu, dipohon para pembaca yang budiman supaya memberi komen membina agar dibuat penambahbaikan demi untuk kebaikan bersama. Penulis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pejabat Karang Mengarang, Universiti Pendidikan Sultan Idris kerana sudi menerbitkan buku ini dan usaha murni itu diberkati Allah. Amin, ya rabbal ‘alamin.

​

TAJUK : Klik AKHLAK MULIA HIDUP CEMERLANG
PENULIS: ABDUL MUNIR ISMAIL
PENERBIT : UPSI TAHUN 2020
 
​Sinopsis

Buku ini membicarakan tentang kepentingan akhlak dalam kehidupan. Seseorang yang dalam kehidupan tanpa akhlak mulia, diibaratkan sebagai tanpa hati dan perasaan. Pengamalan akhlak mulia adalah pelengkap hidup seseorang. Kehidupan berakhlak mulia akan melahirkan hidup cemerlang. Buku ini disusun bagi memenuhi hidup cemerlang itu bertitik tolak dari akhlak mulia. Perbincangan dalam buku ini mencakupi aspek pemakaian pakaian yang sesuai, kerjaya sebagai ibadat, kedudukan Non-Muslim dari Perspektif Islam, kepentingan berkomunikasi, mengurus kewangan dan pemilikan harta dan pengurusan masa. Turut dibincangkan dalam bab akhir berkaitan etika gaya kepimpinan organisasi.  

 

ABDUL MUNIR ISMAIL, Phd. Merupakan Profesor Madya di Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. Penulis buku ini berpengalaman selama lebih tiga puluh tahun dalam bidang Metodologi Dakwah dan Kemasyarakatan. Sehingga kini penulis terlibat sebagai kerja-kerja sosial dalam dan luar Negara. Sering dijemput sebagai penceramah agama dalam siri kuliah di masjid dan surau. Juga terlibat sebagai penceramah Tabung Haji di Kuala Lumpur. Dalam bidang penulisan, penulis banyak menghasilkan buku bertema agama Islam dan sejumlah jurnal dalam pelbagai bidang sains sosial.  Antara buku yang telah dihasilkan ialah Dakwah Islam dan Orang Pekak, Dakwah Suatu Tuntutan Dalam Islam, Maktabah Hadith, Akhlak Mulia Dalam Kehidupan dan Isu-isu Halal Pengguna di Malaysia.

BUKU ILMIAH  7

Tajuk: ISU-ISU PENGGUNA HALAL DI MALAYSIA

​

Sinopsis

Di Malaysia terdapat pelbagai jenis makanan yang sedap dan menarik. Makanan ini disediakan dalam pelbagai citarasa pengguna. Persoalan yang timbul, adakah makanan itu halal lagi baik untuk dimakan? Sebagai pengguna yang bijak adakah anda sensitif terhadap isu makanan halal? Buku ini cuba mengajak pembaca memahami isu makanan halal menurut perspektif Islam sebagai panduan masyarakat memilih makanan yang halal lagi berkualiti (halalan toiyyiban). Memahami tentang konsep dan hukum hakam berkaitan makanan halal adalah suatu kemestian kepada pembaca. Untuk itu, buku ini memaparkan isu-isu makanan halal, konsep makanan halal dan haram,  unsur keraguan dalam makanan dibincangkan secara mendalam menurut perspektif Islam. Turut dibincangkan dalam bab akhir buku ini cabaran umat Islam dalam menghadapi isu makanan halal haram di Malaysia.

​

Biodata Penulis

ABDUL MUNIR ISMAIL, Phd merupakan Profesor Madya Dr. di Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. Mempunyai pengalaman selama lebih tiga puluh tahun dalam bidang Metodologi Dakwah dan Kemasyarakatan. Sehingga kini penulis terlibat sebagai kerja-kerja sosial dalam dan luar Negara. Sering dijemput sebagai penceramah agama dan penceramah Tabung Haji. Dalam bidang penulisan, penulis banyak menghasilkan buku bertema agama Islam dan sejumlah jurnal dalam pelbagai bidang sains sosial. Antara buku yang telah dihasilkan ialah Dakwah Islam dan Orang Pekak, Dakwah Suatu Tuntutan Dalam Islam, Maktabah Hadith, Tuntutan Akhlak Mulia Dalam Kehidupan dan Akhlak Mulia Hidup Cemerlang.

 

 NORDIN AHMAD, PhD.  Merupakan graduan bidang fiqh kepenggunaan dari Universiti Malaya. Kini sebagai pegawai kanan di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Dalam bidang kerjaya, pernah diberi tanggungjawab sebagai Panel Penggubal Modul Pengurusan Halal Jakim, urusan pensijilan halal Bahagian Makanan dan Bahan Gunaan Islam, Panel Pengesahan Halal, Panel Akreditasi Badan Halal Islam Luar Negara, auditor pemeriksaan halal loji pemprosesan dan rumah sembelihan dalam dan luar Negara. 

​

Penerbit: Universiti Utara Malaysia UUM Press

Tahun: 2021

​

bottom of page