Pengalaman Kerjaya
PENGLIBATAN DALAM AKADEMIK DAN KEPAKARAN
Abdul Munir bin Ismail, berkululusan Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Usuluddin, Metodologi Dakwah / Pembangunan
Insan, di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, tahun 2009. Merupakan seorang ahli akademik yang bertanggungjawab dan berdedikasi serta komited dalam menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya. Sebelum menjawat jawatan pensyarah (lecturer), beliau pernah berkhidmat sebagai Guru Pendidikan Islam, Sekolah Menengah Agama Kota Kuala Muda, Negeri Kedah dari 02/01/1991 - 30/04/1993, Pegawai Dakwah, Bahagian Hal Ehwal Islam Caw. Sabah dari 14/04/1993 - 30/03/1997, Pegawai Hal
Ehwal Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dari 16/04/1997 – 31/3/2011 dan seterusnya sebagai pensyarah kanan di
UPSI pada 1/4/2011 hingga kini (2021).
Dalam pengajaran dan pembelajaran kursus yang diajar ialah kursus HMF3023 Akhlak Islam, HIA3023 Akhlak, HIA3013 Iman dan Kehidupan, HNF3012 Falsafah Ilmu, HIQ3083 Interaksi dengan Al-Quran & Sunah, HIH3033 Maktabah Hadith dan HNH2012 TITAS, Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah, Falsafah Ilmu, Aliran Dalam Pemikiran Islam, Al-Fiqh Al-Islami II, Latihan Ilmiah dan Latihan Mengajar (Praktikum).
Dalam bidang penerbitan, beliau telah menghasilkan empat buah buku ilmiah bertajuk Maktabah Al-Hadith, 2012, Emeritus
Publications, Urus Tadbir Masjid Dengan Cemerlang, 2012, Penerbit UPSI, Dakwah Islam Dan Orang Pekak, 2014, Penerbit Dewan
Bahasa Dan Pustaka. Dakwah Suatu Tuntutan dalam Islam, 2014, Tuntutan Akhlak Mulia Dalam Islam, 2017. Akhlak Mulia Hidup Cemerlang, 2020 yang semua buku ilmiah tersebut diterbitkan oleh Penerbit, UPSI. Bab dalam buku bertajuk Mengenali dan Memahami Budaya Orang Pekak, "TeSSHI 2012 Chapters on Social Sciences and Technology", 2014, Uitm Merbok Kedah. Beliau juga menulis artikel yang disiarkan dalam beberapa jurnal. Antaranya ialah Kajian mengenai Adat Perkahwinan Masyarakat Jawi
Peranakan India Islam di Pulau Pinang dari Perspektif Islam", "Perspektif Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan", 2013, ISSN:1985-496x. Metodologi Dakwah kepada Golongan Profesional menurut Al-Quran dan Al-Hadis","Jurnal Al-Sirat", 2014, Kolej Islam Sultan Ahmad Shah. Suatu Analisis Pendekatan Abdullah Nasih Ulwan dalam Menangani Penyelewengan terhadap Pendidikan Kanak-Kanak", "Jurnal Pendidikan Awal kanak-Kanak", 2014, Pusat Penyelidikan Kanak Kanak Negara. Beliau juga terlibat dalam pembentangan kertaskerja pada seminar peringkat antarabangsa dan dalam negeri.
Dalam penyeliaan pelajar pasca siswazah, Abdul Munir menyelia seramai enam orang pelajar Master dan 3 orang pelajar Ph.D (penyelia utama) dan empat orang sebagai penyelia bersama. Berdasarkan penglibatan beliau penyeliaan pelajar pasca siswazah, menunjukkan beliau mampu memikul tanggungjawab sebagai Profesor Madya dalam bidang Usuluddin, Jabatan Pendidikan Islam.
Dalam bidang penyelidikan, beliau telah menyelesaikan lima geran yang mendapat peruntukan daripada Geran Penyelidikan
Universiti, RIMC, satu geran daripada Majlis Agama Islam Selangor & 2 geran dari NGO. Selain itu, beliau sebagai penyelidik bersama yang mendapat geran daripada KPM. Beliau juga terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan. Antaranya sebagai perunding ibadat haji dan umrah, Perundingan motivasi di sekolah-sekolah menengah, aktiviti khidmat bakti ke rumah anak yatim, memberi ceramah agama di masjid-masjid dan aktiviti sukarelawan.
Mempunyai personaliti yang mudah disenangi oleh para pensyarah, para pegawai sama ada peringkat pengurusan atau
sokongan di universiti ini. Pernah mendapat Anugerah Khidmat Cemerlang perkhidmatan awam (Melintang) daripada Ketua
Setiausaha Negara (NATIONAL), tahun 2008 dan Sijil Penghargaan Perkhidmatan Cemerlang tahun 2013, 2014, 2015, 2016, 2017, 2018, 2019 & 2020 daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim Perak, Malaysia.
Sekian, wassalam.