RESUME
Dilahirkan pada 19.06.1963 di Kampung Sungai Ular, Kulim Kedah. Anak ke tiga daripada 10 orang adik beradik. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Tengas, Serdang Kedah. Melanjutkan pelajaran peringkat menengah di Sekolah Tarbiah Diniah, Kulim sehingga tamat Sijil Rendah Pelajaran (SRP, 1980). Seterusnya di Sekolah Menengah Al-Masriah, Bukit Mertajam, Seberang Perai selama dua tahun sehingga tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM, 1983). Dari tahun 1981 hingga 1985 mendalami ilmu pengajian agama secara sistem tradisional (pengajian pondok) di Madrasah Manabil Ulum, Penanti, Bukit Mertajam selama lima tahun dan mendapat sijil Syahadah Lima Senawi. Dengan memiliki sijil Pelajaran Malaysia dan sijil Syahadah Lima Senawi melayakan menduduki ujian kemasukkan ke Jamiah Ar-Raniry, Banda Aceh.
Work​
experience
​
Pengalaman kerjaya
.
Selepas tamat pengajian peringkat Sarjana Muda (B.A.Hons) ditawarkan sebagai Guru Pendidikan Islam dari Januari 1991 hingga April 1993 bertempat di Sekolah Menengah Agama Tarbiah Al-Nashiin, Bukit Meriam, Kota Kuala Muda, Kedah.
Seterusnya dari April 1991 hingga April 1994 ditawarkan oleh Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) Jabatan Perdana Menteri Cawangan Sabah untuk berkhidmat sebagai Pegawai Dakwah (Kontrak). Ditempatkan di Pusat Latihan Dakwah Kundasang, Ranau. Selama bertugas di Sabah ianya memberi sumbangan dakwah kepada masyarakat Islam dan bukan Islam di sekitar Kundasang, Ranau, dan Daerah Nabawan.
Selanjutnya dari April 1994 hingga 2011 diserap ke jawatan tetap dengan gelaran jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Dalam tempoh tersebut pernah bertugas di Bahagian Dakwah, JAKIM Putrajaya. Seterusnya dipindahkan ke Pusat Pemulihan Akidah bertempat di Jelebu, Negeri Sembilan selama setahun. Seterusnya bertugas di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Bahagian Dakwah. Selanjutnya dinaikan pangkat dan dipindahkan ke Kementerian Kewangan Putrajaya sebagai pegawai Kader selama setahun. Perkhidmatan seterusnya ditukarkan ke Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Dari bulan April tahun 2011 hingga Oktober 2016 bertugas sebagai Pensyarah Kanan (DS51) dan November 2016 hingga kini dilantik sebagai Profesor Madya (DS54) di Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, (UPSI) Tanjong Malim, Perak.
Languages
Education
Pendidikan
Akademi Pengajian Islam, University Malaya, Kuala Lumpur. ​Tahun 2003 - 2009
​Melanjutkan pelajaran di peringkat Master (Sarjana Usuluddin) di Akademi Pengajian Islam selama dua tahun secara dengan jayanya. Seterusnya meneruskan lagi pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang yang sama dan dapat menyelesaikan pengajian kurang dari empat tahun iaitu 2005 - 2009. Bidang kajian berkaitan Metodologi Dakwah dan Pembangunan Insan.
Jamiah Ar-Raniry, IAIN Darussalam, Banda Acheh
​1986 - 1991
​Mendapat pendidikan peringkat Sarjana Muda dengan kepujian (B.A Hons) (S1) selama lima tahun di Fakultas Dakwah, Jurusan Bimbingan dan Penyuluhan Masyarakat.
​
PENGAJIAN PERINGKAT MENENGAH
Pernah belajar di Sek. Men. Serdang (SMS), Kedah selama setahun (ting. satu). Bertukar ke Sek. Tarbiah Diniah, Jln. Pegawai, Kulim Kedah selama empat tahun dan mendapat Sijil Rendah Pelajaran (SRP). Menyambung pelajaran di Madrasah Al-Masriyah, Bukit Mertajam selama dua tahun dan mendapat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada waktu yang sama juga belajar agama menerusi kaedah sistem pengajian tradisional (Sistem Pondok) bertempat di Madrasah Manabil Ulum Penanti, Bukit Mertajam selama lima tahun dan mendapat sijil Empat Thanawi dan Lima Thanawi. Sijil Lima Thanawi adalah setaraf dengan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan berkelayakan untuk memohon Universiti di Timor Tengah seperti Mesir dan Madinah.
​
PENGAJIAN PERINGKAT RENDAH
Memasuki alam persekolahan awal dari darjah satu hingga darjah enam di Sekolah Kebangsaan Sungai Tengas, Serdang Kedah. (1970 - 1976)
​